Pages

Subsystem for Unix-based Applications (SUA)

Microsoft mempunyai satu teknologi yang membenarkan anda menjalankan arahan Unix di dalam Windows. Dahulunya teknologi ini dipanggil sebagai Interix, kemudian diberi nama sebagai Services for Unix dan kini dikenali sebagai Subsystem for Unix-based Applications (SUA).Namun, servis untuk SUA hanya terdapat dalam versi Windows yang terpilih sahaja iaitu:

  • Windows Server 2008
  • Windows Server 2003 R2
  • Windows 7 - Enterprise or Ultimate Edition
  • Windows Vista - Enterprise or Ultimate Edition

Untuk mengaktifkan dan install SUA:

  • Pergi ke Control Panel.
  • Klik pada Programs and Features.
  • Klik Turn Windows features on or off in the left panel.
  • Pilih dan tanda kotak pilihan Subsystem for UNIX-based Applications.

Gambarajah 1: Kotak pilihan untuk SUA




















  • Klik OK.
  • Pada menu Start, klik All Programs > Subsystem for UNIX-based Applications > Download Utilities for Subsystem for UNIX-based Applications.
  • Download SUA installer daripada website Microsoft.
  • Selepas download installer tersebut, double-click pada UNIX-based Applications_X86.exe di dalam folder download tadi.
  • Install mengikut arahan.

Saya merekomenkan anda supaya memilih custom setup dan enable GNU Utilities, seterusnya pilih 3 kotak pilihan yang membenarkan su (superuser) untuk root (allow su to root), enable setuid dan enable case sensitivity.

Selepas itu, pergi semula ke Start menu dan lancarkan Korn shell dan jalankan arahan terminal Unix di dalamnya. :)

Gambarajah 2: Korn Shell