Pages

Minix

















Hari ini, aku nak bercerita sedikit tentang Minix. Satu sistem operasi yang telah wujud sebelum Linux dan perkaitan nya dengan Linux. Kalau di ikut kan sejarah, Minix merupakan "ibu" kepada Linux di mana kernel pertama Linux telah di cipta oleh Linus Torlvald menggunakan Minix sebagai hos nya.

Minix ( Mini-Unix) adalah salah satu OS yang berada dalam keluarga Unix-like yang berasaskan arkitektur microkernel yang telah dicipta oleh Andrew S.Tanenbaum (seorang profesor di dalam bidang komputer sains di sebuah universiti di Amsterdam)untuk tujuan pembelajaran (educational purpose).Minix telah di cipta pada tahun 1987 dan telah diedarkan kepada umum secara percuma di bawah lesen BSD sejak April 2000. Untuk pengetahuan umum, kernel Linux telah dicipta hasil inspirasi Linus Torvald terhadap Minix. Walaupun Linus Torvald menyukai Minix, tetapi rekabentuk arkitektur Linux jauh berbeza dengan Minix. Ini terbukti apabila Linus Torvald menggunakan arkitektur Monolithic kernel dan bukannya microkernel seperti Minix.

Pada peringkat awalnya, kernel Linux telah dicipta di dalam persekitaran Minix ( Minix sebagai hos komputer)dan disebabkan faktor inilah kernel Linux mengandungi filesystem Minix.

Sejak minggu lepas aku sudah menguji Minix menggunakan VirtualBox. Aku juga berjaya untuk update Minix dengan menggunakan arahan "pkgin update" seterusnya "pkgin in minix-all" (install semua package tambahan untuk Minix). Nanti aku akan postkan printscreen Minix pada virtualbox aku.