Pages

6 peringkat proses semasa boot Linux

Pernahkah anda terfikir apakah proses yang terjadi semasa boot Linux? Artikel ini akan menjelaskan peringkat yang dilalui oleh sistem operasi Linux.







Berikut merupakan 6 peringkat awal yang berlaku semasa Linux boot bermula.

1.BIOS
Peringkat pertama adalah BIOS. BIOS adalah singkatan kepada Basic Input/Output System. BIOS menjalankan fungsi memeriksa integriti di dalam satu sistem komputer.BIOS mencari (search), mendapatkan(load) dan melaksana (execute) boot loader program. Dengan ringkasnya, BIOS akan melaksanakan MBR program.

2.MBR
MBR adalah singkatan kepada Master Boot Record. Ianya terletak di sektor pertama boot disk (biasanya /dev/hda, or /dev/sda ). Saiz bagi MBR adalah kecil iaitu 512 bytes sahaja. MBR ada 3 komponen iaitu primary boot loader yang mengisi 446 bytes yang pertama, seterusnya partition table info dalam 64 bytes dan mbr validation check pada 2 bytes yang terakhir. MBR mengadungi maklumat tentang GRUB ( ataupun LILO pada sistem komputer yang lama ). Secara ringkasnya, MBR mendapatkan GRUB dan melaksanakan GRUB.

3.GRUB
GRUB adalah singkatan kepada Grand Unified Bootloader. GRUB membolehkan anda memilih. Jikalau anda mempunyai lebih dari satu image kernel di dalam pc anda, anda boleh memilih kernel tersebut di dalam pilihan GRUB. GRUB mengenali filesystem yang ada di dalam Linux ( berbanding dengan loader Linux yang lama, LILO tidak mengenali file system!). Konfigurasi file untuk GRUB adalah di /boot/grub/grub.conf ( /etc/grub.conf merujuk kepada file ini )


4.Kernel
Kernel akan mount root file system seperti yang dinyatakan di dalam grub.config (“root=” in grub.conf)
Kernel akan melaksanakan program init (/sbin/init)
Seterusnya Kernel akan mount root sistem initrd images..

*initrd=(Initial RAM Disk)-digunakan oleh kernel sebagai root file system sementara (temporary root file system)

5. INIT
INIT akan melaksanakan run levels bagi Linux. Boleh check files etc/inittab sekiranya anda ingin melihat run levels Linux.

Berikut merupakan pilihan run levels untuk Linux:

0 – halt
1 – Single user mode
2 – Multiuser, without NFS
3 – Full multiuser mode
4 – unused
5 – X11
6 – reboot

Init akan mengenalpasti default bagi initlevel dari /etc/inittab dan seterusnya load program.

6.Run Level Program
Bila run levels program berjalan, anda akan nampak pada screen arahan seperti "starting sendmail …. OK".
Bergantung kepada default init level setting, sistem akan melaksanakan program dari salah satu direktori berikut:

  • Run level 0 – /etc/rc.d/rc0.d/
  • Run level 1 – /etc/rc.d/rc1.d/
  • Run level 2 – /etc/rc.d/rc2.d/
  • Run level 3 – /etc/rc.d/rc3.d/
  • Run level 4 – /etc/rc.d/rc4.d/
  • Run level 5 – /etc/rc.d/rc5.d/
  • Run level 6 – /etc/rc.d/rc6.d/

Okay, there you have it. .Itulah 6 peringkat yang berlaku semasa proses boot Linux. :)