Pages

Linux Mint Isadora

Buat pertama kalinya aku mencuba Live CD Mint Isadora. Mint adalah salah satu distro linux yang berasal daripada ubuntu (based debian). Aku agak tertarik dengan theme default Isadora ni, cantik dan kemas.



Antaramuka untuk software manager





Antaramuka untuk software manager



Penggunaan memori adalah sekitar 265 MB ( terdapat satu proses yang berjalan pada masa tersebut iaitu pidgin - diaktifkan )





Nanti aku akan buat review penuh mengenai stabiliti Mint setelah aku install nya pada machine aku. :D

Processing

Perisian yang aku nak review hari ni adalah Processing. Processing adalah satu perisian sketchbook percuma (open source software). Pada asalnya Processing dicipta untuk mengajar asas-asas programming dalam bentuk visual. Processing kemudian berkembang menjadi satu bahasa pengaturcaraan dan development environment yang popular dimana ianya mempunyai komuniti yang besar(Processing telah wujud sejak 2001). Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah pergi ke halaman rasmi processing. Link:http://processing.org/






Untuk permulaan, copy paste kod di bawah ke dalam processing.

void setup() {
size(800, 600);
smooth();
}

void draw() {
if (mousePressed) {
fill(0);
} else {
fill(255);
}
ellipse(mouseX, mouseY, 80, 80);
}




Selepas itu, tekan butang Run untuk menjalankan arahan. Tekan butang Stop sekiranya korang nak hentikan kod tersebut.



Ini adalah hasilnya.



Cuba gerakkan mouse secara random. Bulatan tersebut akan mengikut kearah gerakan mouse tersebut.

Google Gravity

Google Gravity. Satu eksperimen javascript yang cool dan juga menarik. Pastikan korang guna Google Chrome untuk merasai javascript efek javascript ni!

Link: http://mrdoob.com/projects/chromeexperiments/google_gravity/

*Play with the elements and try searching whenever you get tired of it. :)





Google Chrome Canary Build

Aku baru sahaja mencuba Google Chrome versi Canary Build. Mungkin agak terlambat kerana Canary Build dah di keluarkan sejak bulan Julai lepas.

Aku install Google Chrome di Windows Machine ku. Buat masa sekarang, Canary Build hanya tersedia untuk pengguna Windows sahaja.

Installation untuk Canary Build mengambil masa kurang dari 10 minit.

Selepas installation dilakukan, Google Chrome akan mengeluarkan paparan pilihan untuk default search engine.



Icon desktop Google Chrome versi Canary Build ini adalah kuning.



Tiada banyak perubahan di lakukan pada antara muka Google Chrome. Sama je macam Google Chrome biasa.



Sedikit pembaharuan pada menu control dan setting.



Seterusnya aku mencuba membuka laman web Youtube. Lancar dan tiada masalah.



Selepas menggunakan nya selama 10 minit. Tiba-tiba Google Chrome Canary Build crash.



Pada pendapat aku, Google Chrome versi Canary Build masih di dalam proses beta maka tidak hairanlah terjadi crash.