Pages

Root Password untuk Linux Ubuntu (Default Password)

Anda baru sahaja install Ubuntu di dalam PC anda. Tetapi kemudian anda menyedari, di mana kah root password anda? Bagaimana hendak log in sebagai root?




Misteri yang menyelebungi kebanyakan pengguna baru-adakah anda tidak set password root semasa mula2 proses installation?

The root user - atau lebih dikenali sebagai superuser adalah pengguna Ubuntu dan Unix yang mempunyai kuasa administrator penuh (full access) terhadap sistem operasi. Pengguna biasa tidak di galakkan menggunakan root semasa melakukan arahan biasa kerana sebarang kesilapan command boleh merosakkan sistem.

Ubuntu dan root password.

Secara default, akaun root telah dikunci di dalam Ubuntu. Anda tidak boleh login sebagai root atau menggunakan command su - untuk menjadi superuser. Jadi untuk melaksanakan sebarang arahan anda mestilah menggunakan arahan sudo.

Tips: Jika malas untuk menaip sudo pada setiap kali untuk melaksanakan command, gunakan command di bawah.

$ sudo -i

Arahan di atas akan mengaktifkan /bin/bash sebagai root shell. Jadi anda boleh menggunakan arahan tanpa memerlukan arahan sudo.

How do I login as root user?

Buka terminal dan taipkan arahan seperti dibawah

$ sudo bash

ataupun

$ sudo -s

masukkan password anda dan anda boleh menjadi root user!

Google Ancam Akan Keluar dari China

Google is about to leave China? Wadafak?

SAN FRANCISCO 13 Jan. - Google Inc. akan menghentikan proses penapisan ke atas keputusan carian di China, sekali gus menimbang untuk keluar dari negara itu selepas mendapati akaun email aktivis hak asasi manusia kepada pihak luar digodam.

Keputusan itu yang dibuat semalam dilihat sebagai satu peralihan bagi Google, yang sebelum ini menyatakan mereka bersedia mematuhi undang-undang China yang menetapkan penapisan ke atas isu sensitif seperti politik dan sosial daripada keputusan carian yang terdapat di negara lain melalui Internet...selebihnya disini.

Tak sabar nak menanti apa tindakan Google seterusnya..

p/s: Untuk makluman, China mempunyai enjin pencarian sendiri dikenali sebagai Baidu (menguasai 60% permintaan dr China).

Bulldozer, satu revolusi baru dari AMD?

Mampukah AMD menerajui pasaran cip pemprosesan dengan teknologi cip terbarunya, Bulldozer? Secara umumnya, Intel masih lagi berada di hadapan dalam pasaran cip komputer. Dengan kemunculan Intel Core i7, seolah-olah menenggelamkan nama AMD dalam persaingan.



Sebagai pengenalan, Bulldozer adalah cip terbaru daripada AMD.Sejak kehadiran Athlon64 pada tahun 2003,setiap cip AMD merupakan hasil tweak yang berasaskan senibina Athlon64.

Berbeza bagi Bulldozer, ia merupakan senibina yang berlainan sekali daripada senibina Athlon64. Cip Bulldozer akan dibuat daripada satu atau lebih module. Setiap module mempunyai sepasang unit integer dan berkongsi satu sumber floating-point(single shared floating-point resource).

AMD dijangka akan memasarkan Bulldozer pada 2011 dan seharusnya ini akan merancakkan lagi persaingan teknologi di antara AMD dan Intel!