
Ubuntu baru saja melancarkan Ubuntu versi 10.04 yang diberi nama Lucid Lynx. Lucid Lynx adalah ubuntu LTS yang bermaksud Ubuntu Long Term Support. Lucid Lynx akan mempunyai sokongan sehingga 3 tahun iaitu daripada 2010 - 2013. Edisi ubuntu kali ini menyediakan antaramuka baru kepada para pengguna, termasuk dari segi tema, skrin boot, skrin log masuk dan juga logo untuk sistem operasi tersebut. Bagi sesiapa yang berminat korang boleh mendownload dan mencuba versi beta yang baru dilancarkan beberapa hari yang lepas.
Download Ubuntu 10.04 Beta di SINI.