Anda perlu menggunakan arahan id (ps command). Ini memberikan maklumat tentang proses-proses yang sedang berjalan, termasuk process identification numbers (PIDs). Linux dan UNIX menyokong arahan id (ps command)untuk memaparkan maklumat tentang semua proses berjalan.
ps command
Taip arahan ps untuk memaparkan semua proses berjalan.
Contoh: Lihat setiap proses pada sistem ketika ini
# ps-A
# ps-e

Contoh: Lihat setiap proses yang berjalan sebagai root
# ps -U root -u root
Contoh: Lihat setiap proses yang dijalankan oleh pengguna
# ps -u username
Untuk melihat proses secara berterusan
Taipkan:
# top

*Arahan top di atas menyediakan paparan real-time dinamik tentang proses sistem berjalan ( current process )
Contoh: Menunjukkan proses berjalan di dalam bentuk struktur pokok ( tree structure )
Arahan pstree menunjukkan proses yang berjalan di dalam bentuk struktur pokok (tree structure).
Taipkan;
# pstree
