Pages

Pelayar Web Opera 10.50




Ada apa dengan pelayar web Opera 10.50? Hmm..

Opera kini muncul dengan versi stabil dan memperkenalkan beberapa fungsi yang baru. Antara fungsi yang baru pada pelayar web ini adalah sokongan HTML5 dan CSS3. Opera 10.50 dikatakan sebagai pelayar web terpantas di dunia pada masa kini kerana menggunakan enjin Javascript yang baru iaitu Carakan. Buat masa ini pelayar web Opera 10.50 hanya sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna Windows sahaja. Bagi pengguna Mac dan Linux terpaksalah tunggu dulu. Download pelayar web Opera 10.50 sekarang dan cuba korang bandingkan dengan Chrome dan Mozilla..

p/s: setakat nih aku Chrome masih jadi web browser yang paling aku suka~
Mozilla Firefox pulak slalu crash kat pc aku..:(