Pages

Mari mengenal SHELL Linux (Part-1)

Mari mengenal SHELL Linux. Shell dalam definisi artikel ini merujuk kepada shell yang terdapat di dalam sesebuah sistem operasi Unix/Linux(OS). Bagi seorang yang berada di dalam persekitaran kerja yang menggunakan Unix ataupun Linux pasti tahu apa itu shell.  Dalam artikel yang saya akan tulis ini, saya akan jelaskan secara jelas dan ringkas tentang konsep shell dan fungsi-fungsinya. Artikel ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian (saya tidak akan dapat menerangkan konsep shell ini di dalam satu artikel kerana topik ini adalah luas)

Apa itu "Shell"

Secara ringkasnya, shell adalah satu program yang menerima arahan (command) anda dari keyboard dan memberi arahan tersebut kepada sistem operasi (OS). Dahulunya, di dalam Linux hanya ada user interface sahaja. Tetapi sekarang, kebanyakkan distro Linux mempunyai Graphical User Interface (GUI) di samping Command Line Interface (CLIs). Dalam kebanyakkan sistem Linux ada satu program yang dikenali sebagai bash (Bourne Again SHell) bertindak sebagai program shell. Terdapat juga beberapa program shell yang lain seperti ksh, tcsh, dan zsh.

Terminal emulators adalah satu program yang digunakan untuk berhubung dengan shell. Antara contoh terminal emulators yang popular adalah seperti konsole, gnome-terminal, x-term, rxvt, kvt, nxterm, dan eterm.

Untuk memahami lebih mendalam tentang shell, saya akan menerangkan tentang struktur organisasi filesystem yang terdapat di dalam sistem operasi Linux. Berbeza dengan struktur sistem operasi Windows ( kita panggil folder, manakala di dalam Linux dipanggil sebagai directory), struktur filesystem bagi Linux tersusun seperti tree-like patern of directory. Rujuk gambarajah di bawah.


Salah satu perkara yang membezakan Unix/Linux dan Windows adalah Unix/Linux tidak mempunyai konsep drive letter. Sebagai contoh, kebiasaannya kita akan mempunyai nama "C" untuk mewakili folder filesystem Windows manakala "D", "E" sebagai drive lain. Linux pula mengamalkan konsep single tree.

Bersambung....