Pages

Processing

Perisian yang aku nak review hari ni adalah Processing. Processing adalah satu perisian sketchbook percuma (open source software). Pada asalnya Processing dicipta untuk mengajar asas-asas programming dalam bentuk visual. Processing kemudian berkembang menjadi satu bahasa pengaturcaraan dan development environment yang popular dimana ianya mempunyai komuniti yang besar(Processing telah wujud sejak 2001). Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah pergi ke halaman rasmi processing. Link:http://processing.org/






Untuk permulaan, copy paste kod di bawah ke dalam processing.

void setup() {
size(800, 600);
smooth();
}

void draw() {
if (mousePressed) {
fill(0);
} else {
fill(255);
}
ellipse(mouseX, mouseY, 80, 80);
}




Selepas itu, tekan butang Run untuk menjalankan arahan. Tekan butang Stop sekiranya korang nak hentikan kod tersebut.



Ini adalah hasilnya.



Cuba gerakkan mouse secara random. Bulatan tersebut akan mengikut kearah gerakan mouse tersebut.