
Misteri yang menyelebungi kebanyakan pengguna baru-adakah anda tidak set password root semasa mula2 proses installation?
The root user - atau lebih dikenali sebagai superuser adalah pengguna Ubuntu dan Unix yang mempunyai kuasa administrator penuh (full access) terhadap sistem operasi. Pengguna biasa tidak di galakkan menggunakan root semasa melakukan arahan biasa kerana sebarang kesilapan command boleh merosakkan sistem.
Ubuntu dan root password.
Secara default, akaun root telah dikunci di dalam Ubuntu. Anda tidak boleh login sebagai root atau menggunakan command su - untuk menjadi superuser. Jadi untuk melaksanakan sebarang arahan anda mestilah menggunakan arahan sudo.
Tips: Jika malas untuk menaip sudo pada setiap kali untuk melaksanakan command, gunakan command di bawah.
$ sudo -i
Arahan di atas akan mengaktifkan /bin/bash sebagai root shell. Jadi anda boleh menggunakan arahan tanpa memerlukan arahan sudo.
How do I login as root user?
Buka terminal dan taipkan arahan seperti dibawah
$ sudo bash
ataupun
$ sudo -s
masukkan password anda dan anda boleh menjadi root user!