Merujuk kepada artikel " Mari mengenal Shell Linux" saya akan menerangkan serba sedikit tentang direktori yang terdapat di dalam kebanyakkan sistem Linux sekarang. ( directory-adalah seperti konsep folder di dalam Windows.).
/ - Root directory untuk sistem Linux anda.(Merupakan directory utama dan teratas di dalam sistem Linux)
/boot - Disinilah kernel Linux dan semua file boot loader Linux disimpan. vmlinuz adalah nama file untuk kernel Linux.
/etc- adalah directory yang mengandungi semua configuration file untuk sistem Linux.Kesemua file yang terdapat di dalam directory ini adalah berbentuk text.
/bin, /usr/bin - adalah directory yang mengandungi kesemua program yang terdapat di dalam Linux. Directory /bin mengandungi program penting yang digunakan sistem Linux untuk beroperasi manakala /usr/bin pula adalah directory yang mengandungi aplikasi untuk program yang digunakan pengguna.
/sbin, /usr/sbin -adalah directory seperti /bin dan /usr/bin tetapi directory ini khas untuk system administration ataupun superuser.
/usr -adalah directory yang mengandungi support untuk aplikasi untuk pengguna sebagai contoh seperti /usr/share/X11 (menyokong files untuk X Windows System).
/usr/local -adalah directory menyimpan semua files program yang telah di install. Program yang di maksudkan di dalam ini adalah program yang bukan berasal dari official distribution ( Kalau program yang berasal dari official distribution akan masuk kedalam directory /bin ataupun /usr/sbin)
/var -adalah directory yang menyimpan semua files yang berubah semasa sistem sedang berjalan. Sebagai contoh /var/log adalah directory yang menyimpan log files. Log files ini akan update seiring dengan sistem
/lib -adalah shared libraries (sama seperti DDLs di dalam Windows)
/home -adalah directory untuk pengguna.(sama seperti konsep folder My Documents di dalam Windows)
/root -adalah directory untuk superuser
/temp -adalah directory dimana program menyimpan temporary files mereka,
/dev -ini adalah directory istimewa kerana directory ini menyimpan files yang tidak diketahui. Sebagai contoh, Unix ataupun Linux menganggap devices seperti sebuah file. Sebagai contohnya, floppy disk anda, akan dikenali sebagai file /dev/fd0 ataupun IDE pertama hard disk anda akan dikenali sebagai file /dev/sda.
/proc -ini juga adalah satu directory istimewa yang terdapat di dalam sistem Linux. Ini kerana, /proc sebenarnya tidak wujud tetapi ianya adalah virtual directory. (P/S: Cuba taip /proc/cpuinfo ke dalam terminal linux anda.)
/mnt - adalah directory yang digunakan sebagai mount points.
Sebuah blog dimana aku berkongsi ilmu dan pendapat aku tentang dunia IT. Knowledge is Power and Sharing is Caring.
Mari mengenal SHELL Linux (Part-1)
Mari mengenal SHELL Linux. Shell dalam definisi artikel ini merujuk kepada shell yang terdapat di dalam sesebuah sistem operasi Unix/Linux(OS). Bagi seorang yang berada di dalam persekitaran kerja yang menggunakan Unix ataupun Linux pasti tahu apa itu shell. Dalam artikel yang saya akan tulis ini, saya akan jelaskan secara jelas dan ringkas tentang konsep shell dan fungsi-fungsinya. Artikel ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian (saya tidak akan dapat menerangkan konsep shell ini di dalam satu artikel kerana topik ini adalah luas)
Apa itu "Shell"
Secara ringkasnya, shell adalah satu program yang menerima arahan (command) anda dari keyboard dan memberi arahan tersebut kepada sistem operasi (OS). Dahulunya, di dalam Linux hanya ada user interface sahaja. Tetapi sekarang, kebanyakkan distro Linux mempunyai Graphical User Interface (GUI) di samping Command Line Interface (CLIs). Dalam kebanyakkan sistem Linux ada satu program yang dikenali sebagai bash (Bourne Again SHell) bertindak sebagai program shell. Terdapat juga beberapa program shell yang lain seperti ksh, tcsh, dan zsh.
Terminal emulators adalah satu program yang digunakan untuk berhubung dengan shell. Antara contoh terminal emulators yang popular adalah seperti konsole, gnome-terminal, x-term, rxvt, kvt, nxterm, dan eterm.
Untuk memahami lebih mendalam tentang shell, saya akan menerangkan tentang struktur organisasi filesystem yang terdapat di dalam sistem operasi Linux. Berbeza dengan struktur sistem operasi Windows ( kita panggil folder, manakala di dalam Linux dipanggil sebagai directory), struktur filesystem bagi Linux tersusun seperti tree-like patern of directory. Rujuk gambarajah di bawah.
Salah satu perkara yang membezakan Unix/Linux dan Windows adalah Unix/Linux tidak mempunyai konsep drive letter. Sebagai contoh, kebiasaannya kita akan mempunyai nama "C" untuk mewakili folder filesystem Windows manakala "D", "E" sebagai drive lain. Linux pula mengamalkan konsep single tree.
Bersambung....

Mengemas kini Ubuntu Linux
Soalan: Saya mempunyai versi terbaru dari Ubuntu Linux. Bagaimana cara mengemas kini Ubuntu Linux untuk memperbaiki keselamatan dan aplikasi atau upgrade?
Jawapan. Ubuntu dapat dipertingkatkan dengan menggunakan Antaramuka (GUI) atau menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan arahan terminal
Menggunakan arahan "apt-get"
apt-get adalah arahan untuk pengendalian pakej. Anda boleh menggunakan pilihan arahan berikut:
=> Apt-get update: Update digunakan untuk menyeneraikan dan mendapatkan indek fail pakej daripada sumber-sumber mereka melalui internet.
=> Apt-get upgrade: Upgrade digunakan untuk memasang versi terbaru dari semua pakej yang dipasang pada sistem
=> Apt-get install pakej-name: install pakej diikuti oleh satu atau lebih dikehendaki untuk pemasangan. Jika pakej telah dipasang akan cuba untuk update ke versi terbaru.
Hacking Firefox!
1.Type "about: config" pada address bar dan tekan Enter. Scroll ke bawah dan cari entri berikut:
network.http.pipelining network.http.proxy.pipelining network.http.pipelining.maxrequests
Biasanya, pelayar web akan membuat satu permintaan ke sebuah laman web pada satu masa. Apabila anda mengaktifkan pipelining itu ia akan membuat beberapa permintaan (request) sekaligus, yang benar-benar mempercepat loading pada halaman website.

2. Mengubah registry firefox seperti yang berikut:
Set "network.http.pipelining" menjadi "true"
Set "network.http.proxy.pipelining" menjadi "true"
Set "network.http.pipelining.maxrequests" ke nilai 100. Ini bererti ianya akan membuat 100 requests sekaligus.

3. Langkah terakhir adalah membuat satu entri baru ke registry firefox. Namakan entri itu sebagai "nglayout.initialpaint.delay" dan set nilainya ke "0". Nilai ini adalah jumlah masa browser menunggu sebelum bertindak ke atas maklumat yang diterimanya. ( Tidak semua setting yang terdapat di about:config ada secara default. Terdapat sebahagian setting yang dibuat secara manual)

P/S: Selamat mencuba dan rasakan perubahan kelajuan pada firefox anda! :)

Linux Mint Isadora
Buat pertama kalinya aku mencuba Live CD Mint Isadora. Mint adalah salah satu distro linux yang berasal daripada ubuntu (based debian). Aku agak tertarik dengan theme default Isadora ni, cantik dan kemas.

Antaramuka untuk software manager

Antaramuka untuk software manager

Penggunaan memori adalah sekitar 265 MB ( terdapat satu proses yang berjalan pada masa tersebut iaitu pidgin - diaktifkan )

Nanti aku akan buat review penuh mengenai stabiliti Mint setelah aku install nya pada machine aku. :D

Processing
Perisian yang aku nak review hari ni adalah Processing. Processing adalah satu perisian sketchbook percuma (open source software). Pada asalnya Processing dicipta untuk mengajar asas-asas programming dalam bentuk visual. Processing kemudian berkembang menjadi satu bahasa pengaturcaraan dan development environment yang popular dimana ianya mempunyai komuniti yang besar(Processing telah wujud sejak 2001). Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah pergi ke halaman rasmi processing. Link:http://processing.org/

Untuk permulaan, copy paste kod di bawah ke dalam processing.

Selepas itu, tekan butang Run untuk menjalankan arahan. Tekan butang Stop sekiranya korang nak hentikan kod tersebut.

Ini adalah hasilnya.

Cuba gerakkan mouse secara random. Bulatan tersebut akan mengikut kearah gerakan mouse tersebut.
Untuk permulaan, copy paste kod di bawah ke dalam processing.
void setup() {
size(800, 600);
smooth();
}
void draw() {
if (mousePressed) {
fill(0);
} else {
fill(255);
}
ellipse(mouseX, mouseY, 80, 80);
}
Selepas itu, tekan butang Run untuk menjalankan arahan. Tekan butang Stop sekiranya korang nak hentikan kod tersebut.
Ini adalah hasilnya.
Cuba gerakkan mouse secara random. Bulatan tersebut akan mengikut kearah gerakan mouse tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)