Pages

Fsck!

Salah satu arahan terminal yang perlu diketauhi oleh pengguna linux adalah fsck.

fsck - menyemak dan memperbaiki sistem fail Linux

Secara umum, arahan fsck dijalankan automatik pada saat komputer boot apabila sistem operasi mengesan bahawa suatu sistem fail adalah dalam keadaan tidak konsisten (biasanya terjadi apabila komputer off kerana kehilangan kuasa ataupun crash).

Kompilasi dan Pemasangan perisian dari source code

Pemasangan (installation) dari kod sumber (source code) adalah kaedah paling sukar untuk memasang sesuatu perisian didalam linux. Kini kebanyakkan perisian ataupun dipanggil software di dalam linux boleh dipasang dengan mudah, contohnya melalui arahan apt-get install didalam Ubuntu ataupun yum di dalam Fedora. Pemasangan dari kod sumber hanyalah disaran bagi pengguna Linux yang berpengalaman ataupun pada mereka tidak takut untuk menyelesaikan sesuatu masalah untuk tujuan pembelajaran.

Terdapat juga beberapa software yang diedarkan di dalam bentuk "Sumber". Ini bermakna anda akan mendownload file yang mengandungi semua kod sumber untuk aplikasi,kemudiannya memasang,ekstrak, dan akan kompilasi (compile) pada sistem anda. Kompilasi (compile) adalah satu proses mengubah source code menjadi executable binaries. Biasanya pada newbie, proses kompilasi ini hanyalah khusus untuk programmer sahaja namun ia merupakan satu tanggapan yang amat salah. Pada hakikatnya, newbie juga berupaya melakukan kompilasi sekiranya memahami kaedah arahan yang betul.


Kebiasaanya anda akan melakukan kompilasi dari sumber yang datang sebagai fail "tar.gz"., ". Tar.bz2", atau ". Zip"

Anda mungkin akan ingin beroperasi dari dalam direktori home anda. Jika pengguna anda (contohnya) dengan nama pengguna, direktori home anda akan / home / username /. Selama sisa bahagian ini kami akan menganggap anda telah di-download zip fail ke / / username home / src. Jika anda tidak mempunyai direktori src, anda boleh membuat itu dengan mkdir direktori.


Sebagai permulaaan anda beroperasi dari dalam direktori home anda. Sebagai contoh, direktori anda adalah seperti /home/username/

Kemudian buat satu direktori src di dalam /home/username dengan arahan mkdir

#mkdir /home/username/src/

Pastikan source code aplikasi berada di /home/username/src

pergi ke /home/username/src/ dengan menggantikan arahan mkdir kepada cd

#cd /home/username/src/

arahan ls akan digunakan untuk menyenaraikan file di dalam direktori /home/username/src

#ls

Anda sekarang perlu unzip file zip, ini dilakukan berbeza bergantung pada sambungan fail.

untuk fail yang berakhir dengan. tar.gz, gunakan arahan:

#tar -zxvf

untuk fail yang berakhir dengan. tar.bz2, gunakan arahan:

#tar -jxvf

untuk fail yang berakhir dengan .zip gunakan arahan:

#unzip


Konfigurasi pra-pemasangan dilakukan dengan menjalankan ./ configure

#./configure


Ini akan melakukan beberapa pengujian pada sistem anda, dan membuat "Makefile" yang akan menjelaskan kepada utiliti "make" bagaimana perisian yang harus dikompilasi. Jika anda menerima mesej ralat semasa tahap ini, jalan penyelesaian terbaik adalah merujuk kepada forum linux dan jangan ragu untuk bertanya di forum tersebut.


Tahap seterusnya adalah melaksanakan kompilasi perisian, hal ini dilakukan dengan menggunakan arahan "make". Apabila anda menjalankan arahan "make" itu,ianya akan membaca arahan pada Makefile dan membina aplikasi binari.

#make

Tahap terakhir adalah untuk memasang binari ini, iaitu, menyalinnya ke lokasi yang lebih kekal. Biasanya hanya root user boleh melakukan ini, maka anda perlu switch ke user root dengan arahan su

#su

Selepas anda menjadi root, pasang binari dengan menggunakan arahan "make", diikuti dengan "install", seperti

#make install

Langkah terakhir adalah semak dokumentasi pengguna perisian yang anda pasang untuk butiran bagaimana menjalankan aplikasi.

lshw dan uname -r

Bagaimana hendak menyenaraikan maklumat konfigurasi hardware komputer anda menggunakan command prompt di dalam Ubuntu ataupun distro linux lain?

Korang boleh taipkan arahan

#lshw



Penerangan ringkas

lshw adalah arahan untuk mengekstrak maklumat terperinci mengenai konfigurasi hardware dari mesin (komputer). Arahan ini memaparkan maklumat memori yang tepat, versi firmware, maklumat mainboard, versi CPU dan kelajuan,cache, kelajuan bas, dan sebagainya.

untuk mengetauhi/memaparkan kernel yang terdapat dalam mesin Ubuntu anda, taipkan

#uname -r

Casing NZXT Vulcan Micro ATX.

Casing NZXT Vulcan Micro ATX.





HTC Legend

Sesungguhnya..inilah handphone idamanku..HTC Legend..

Mac4lin

Ubahsuai theme dektop korang.Theme untuk Ubuntu Karmic yang aku guna sekarang adalah Mac4lin..iaitu theme yang diadaptasi dari tema MAC OS..korang boleh download theme Mac4lin di SINI.


Agony

Agony berfungsi dengan baik di dalam Ubuntu 9.10 Karmic Koala menggunakan wine. Screenshot dari linux box ku. Download Agony.